Wasiat Rasulullah untuk Pemuda/di

...'jika kita mahu melihat kejatuhan dan pembangunan sesebuah negara pada masa akan datang,
lihatkah bagaimana keadaan generasi muda hari ini yang bakal mencorakkan tampuk kepimpinan negara kelak'..
biasa tak dengar ungkapan kat atas nie? 
kalu x silap nie kata2 seorang tokoh hebat..
tp x egt..hmm, tula masalah saya..lemah ingatan...
kalau sape2 taw, oyak deh....dah2,,fokus pada tajuk..
***************************************
based on ungkapan di atas dapatlah disimpulkan bahawa amatlah besar peranan pemuda hari ini..hebatnya pemuda, kerana mereka penentu generasi akan datang...teringat analogi pokok yg saya belajar dalam usrah dulu..bagaimana hebatnya peranan akar untuk menghasilkan buah yg ranum dan enak *gurlp,,
begitu juga pemuda kita hari ini, jika hebat pegangan aqidah dan akhlak pemuda, maka akan tercapailah matlamat daulah Islamiah yg diidamkan..ya! seperti yg dgariskan dalam maratib amal,,segalanya bermula dengan individu muslim itu sendiri..bagaimana nk capai daulah Islamiah seandainya  pudar akhlak Islamiah yang diajar oleh Baginda s.a.w dalam jiwa pemuda hari ini.??
Maratib Amal, yuk! mulakan langkahmu..

Apa Wasiat Rasulullah Pemuda/di??

daripada Ibn Abbas r.a katanya: " Pada suatu hari, aku berada di belakang (boncengan) Rasulullah s.a.w lalu  Baginda bersabda, maksudnya : ' Wahai anak, peliharalah Allah nescaya Allah akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya DIa akan berada di hadapanmu, dan jika engkau memohon, maka pohonlah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat bersepakat untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah, dan sekiranya umat bersepakat untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah . dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
Antara poin nasihat tersebut adalah:
  • Apabila kita memelihara Allah s.w.t nescaya Allah s.w.t akan memelihara kita, maksudnya jika kita melaksanakan perintah Allah s.w.t nescaya Allah akan memelihara kita daripada segala kemungkaran dan kejahatan.
  • apabila kita sudah dipelihara oleh Allah. doa yang kita pinta pasti akan dimakbulkan
  • tiada apa yang dapat berlaku tanpa keizinan Allah s.w.t
jika kita mengambil nasihat-nasihat Rasulullah s.a.w di atas dan diterapkan dalam diri kita, akhlak serta adab yang mulia dengan mudahnya lahir dalam hati serta mudah dizahirkan.


yuk! mulakan LANGKAH jangan LENGAH
~Khazinatul Asrar~

inspired by:
* Ustaz Fauzi Abdul Hamid (Kolumnis GenQ)

wallahua'lam~


yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

No comments: