bangun malam...........


.bismillahirrahmanirrahimm..
hari ini sy nk share bkaitan dgn bgn malam..
emmm..atau qiamullail..

sungguh stiap hari mst sy tbangun dr tdur...
tp sungguh amatlah berat skali ntok sy
berqiamullail...

wktu di hostel dulu..boleh dkatekan sngla jgk..
dok kat rmh neh...rse mcm brt sgt..
mgkin tilam di hostel x senyaman di rumahku...
hemmm...jom kte tgk fadhilat qiamullail n tips2
mdh ntok bgn malam..moge ia bgune untuk sye
dan reader2 skalian...


Firman Allah Taala :
اُدْعُوْا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً
(الأعراف : 55)
Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut
Firman Allah Taala :
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
(الإسراء : 79)
Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
tahukah anda semua Suruhan dalam ayat yang tersebut ini, walaupun ditujukan dengan khusus untuk Rasulullah SAW, tetapi orang-orang Islam itu disuruh mengikut baginda, maka adalah suruhan Allah Taala itu merupakan suruhan juga terhadap orang-orang Islam Amnya.
emmm...apakah fadhilatnya?
Allah SWT. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang sentiasa bertaqwa dan mengerjakan "Qiamullail" dengan beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan yang baik, rahmat Allah dan Syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran :
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ , ءَاخِذِينَ مَا ءَاتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ , كَانُوا قَلِيلاً مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ , وَبِاْلأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ,
(الذاريات : 15-18)
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

TAHUKAH ANDA KITA BOLEH QADHA' TAHAJJUD...

Orang yang biasa menrejakan sembahyang malam, kalau suatu kali ia luput dari mengerjakannya kerana uzur atau sakit atau lainnya, maka bolehlah ia kerjakan gantinya pada siang hari sebanyak dua belas rakaat sebagai Qadha' tahajjud.
Ini bersumberkan kepada hadis Muslim, daripada Aisyah RA yang menyatakan : Adalah Rasulullah SAW, apabila baginda luput sembahyang malam dengan sebab sakit atau lainnya, maka baginda sembahyang pada siang hari dua belas rakaat.
untuk memudahkan bangun qiam...
Berniat Ketika Hendak Tidur
Orang yang berazam hendak bangkit di tengah malam kerana hendak Qiamullail, maka disunatkan ketika hendak tidurnya ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak mengerjakan ibdat Qiamullail.
Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia mendapat pahala bagi apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia tidak bangkit kerana benar-benar tidak terjaga dari tidurnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya". (An-Nasai dan Ibnu Majah)
baeklaaaaa..smpy sini dulu pkongsian saye...jika reader2 sume nk tau dgn lebeh lanjut mengenai qiamullail bolehlaa pegi kat link neh http://www.epondok.com.my/index.php?p=mutiarailmu/qiamullail.php





yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

SHARODZIAN dalam ingatan




assalamualaikum semuanyaaa...
pejam celik,pejam celik aq dh abes skolah dh..
rasa sat ja..
banyak sgt kenangan aku at sane..
benda yg plg aku ingat pasal sharodz ialah.....
jeng jeng jeng..

SURAU
npe eak?
ntah le..kat surau ni la tmpat aku solat...baca ma'thurat, usrah bsama rakan n adik2..huhu..seronok sgt..bgema surau tu dgn suara ktorang..n pjumpaan ketua warden..HUHU..n byk lg la peristiwa menarik..haha~

DEWAN MAKAN(DM)
makan je la pe yg ada..syukur2..time menu mkn ptg karipap mst full gle dm..sedap woooo..kdg2 uh wat second round..hehe..spe la yg wat kueh tuh..ce kongsi ckit resepi..hua2..makanan dm sharodz mmg mantap a..tp x leh lwn air tgn mk aku laa..huhu

MAKMAL KOMPUTER
ske naw msk mkmal komp...sejuk..haha..bdk kls aq slalu a msk..sbb ktorg bdk ict..heheh..tp form 4 jela..wk2 form 5 aq dh drop sbjek uh..sbb kne mek 11 je..cdeh lak..emm,..ade pristiwa mnarik at cni..aku ngn kwn2 aku kne denda ddk at longkang sbb x siap addmath....huu2..aish malu den..benanye keja uh ckgu nk neok ari len..so,ktorg un x wat la,sbb byk sgt homework len yg mnimbun...aleh2 je cgu mnx..aduhai..dh naseb..tp thanks sgt at ms ong..x sia2 kne dnda..add math aq A+ akhirnya..syukur..ta pena2 dpt a..huhu~

BLOK JELITA
sdp ak nme blok asrama aku..haha..act,blok neh br je siap..tadak nme un..ktorg yg mmndai letak nme uh..haha..blok F-fairuz, blok G-Marjan, blok H-Zamrud, so blok J-jelita..haha..batch ktorg la mnjadi pghuni blok neh..senior le ktekan..bkn sbarng student leh dok cni..best student n form 5 je leh ddk..hehe..mmg kmudahan dy best a..pemandangan yg mnerik..haha..mnarik la sgt..

IKCREW
hemm..tu nme glamour kls aq..haha..IBNU KHALDUN..x ramai un 19 org ja..tp mcm 38 org..gempak sgguh kelas aq neh time cgu tadak...law diam uh tido la jawabnyaaa..aq hepi sgt dok dlm kls neh..sme baek2 blake..n dpt plak guru kelas yg penyayang n cntik..PN SALMAH AHMAD...rindu cgu!!yg aku x leh lpe,ble kls ktorg diumumkn sbg kls tkotor,,,aish ..kne marah sakan..mnikus semuanya..takotttt..x taw la cmne leh dpt kls tkotor..ak neok ok je...slh kls kot..huhu...kdg2 tuh yelaa...then,mggu dpn tuh trs dpt kls tbersih...tahniah la..huhu

emm..begitulah kisahnya..act byk lg tmpt mnarik..ceh mcm promote tmpt mlancong lak.....hua2...aku suka sgt panorama skolah aku..ats bukit,nmpk laut china selatan yg luas tbentang..nmpk banda mlake yg cntik,,cntik ke???bolehlaa..sori la tadak gmba nk tnjuk..byk naw prob..ok la..nmpknya dcini saja post aq kali neh..moga korg2 sme thibur..errrr???emm...
slh silap harap dmaafi..tegor la eak mne x bkenan









yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .