Apakah Benar Engkau Pejuang.?


Apakah Benar Engkau Pejuang ?

Sebuah Sajak yang berbentuk nasyid dari kumpulan nasyid Qathrunada yang bertajuk Cinta Agung.. Hayatilah !

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ يَخَافُونَ لَوْمَةَ لآئِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu berpaling dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya lagi meliputi PengetahuanNya.”

(al-Maidah:54)

~ Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian

~ Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian

~ Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

~ Engkau ingin berjuang, Tapi tidak begitu setia kawan

~ Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup berkorban

~ Engkau ingin berjuang, Tapi ingin jadi pemimpin

~ Engkau ingin berjuang, Menjadi pengikut agak segan

~ Engkau ingin berjuang, Tolak ansur engkau tidak amalkan

~ Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sanggup menerima cabaran

~ Engkau ingin berjuang, Kesihatan dan kerehatan, Tidak sanggup engkau korbankan

~ Engkau ingin berjuang, Tapi tidak mampu menerima ujian

~ Engkau ingin berjuang, Tapi engkau rosak oleh pujian

~ Engkau ingin berjuang, Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,

~ Engkau ingin berjuang, Masa tidak sanggup engkau luangkan

~ Engkau ingin berjuang, Karenah isteri tidak kau tahan

~ Engkau ingin berjuang, Rumahtangga lintang-pukang

~ Engkau ingin berjuang, Diri engkau tidak engkau tingkatkan

~ Engkau ingin berjuang, Disiplin diri engkau abaikan

~ Engkau ingin berjuang, Janji kurang engkau tunaikan

~ Engkau ingin berjuang, Kasih sayang engkau cuaikan

~ Engkau ingin berjuang, Tetamu engkau abaikan

~ Engkau ingin berjuang, Anak isteri engkau lupakan

~ Engkau ingin berjuang, Ilmu berjuang engkau tinggalkan

~ Engkau ingin berjuang, Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

~ Engkau ingin berjuang, Pandangan engkau tidak diselaraskan

~ Engkau ingin berjuang, Rasa bertuhan engkau abaikan

~ Engkau ingin berjuang, Iman dan taqwa engkau lupakan

~ Ya sebenarnya apa yang Engkau hendak perjuangkan...

Nasrudin Hassan

yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

Lukisan Alam

Lukisan Alam
Hijjaz
Credit to: lyricsmode



Hidup tidak selalunya indah 
Langit tak selalu cerah 
Suram malam tak berbintang 
Itulah lukisan alam 
Begitulah aturan Tuhan 

Jadilah rumput nan lemah lembut 
tak luruh dipukul ribut 
Bagai karang didasar lautan 
Tak terusik dilanda badai 

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu 
Dalam senang... awasi kealpaanmu 
Setitis derita melanda 
Segunung KurniaanNya 

Usah mengaharpkan kesenangan 
Dalam perjuangan perlu pengorbanan 
Usah dendam berpanjangan 
Maafkan kesalahan insan 

Dalam diam... taburkanlah baktimu 
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu 
Suburkanlah sifat sabar 
Dalam jiwamu itu 
Di dalam jiwamu itu




yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

Wasiat Rasulullah untuk Pemuda/di

...'jika kita mahu melihat kejatuhan dan pembangunan sesebuah negara pada masa akan datang,
lihatkah bagaimana keadaan generasi muda hari ini yang bakal mencorakkan tampuk kepimpinan negara kelak'..
biasa tak dengar ungkapan kat atas nie? 
kalu x silap nie kata2 seorang tokoh hebat..
tp x egt..hmm, tula masalah saya..lemah ingatan...
kalau sape2 taw, oyak deh....dah2,,fokus pada tajuk..
***************************************
based on ungkapan di atas dapatlah disimpulkan bahawa amatlah besar peranan pemuda hari ini..hebatnya pemuda, kerana mereka penentu generasi akan datang...teringat analogi pokok yg saya belajar dalam usrah dulu..bagaimana hebatnya peranan akar untuk menghasilkan buah yg ranum dan enak *gurlp,,
begitu juga pemuda kita hari ini, jika hebat pegangan aqidah dan akhlak pemuda, maka akan tercapailah matlamat daulah Islamiah yg diidamkan..ya! seperti yg dgariskan dalam maratib amal,,segalanya bermula dengan individu muslim itu sendiri..bagaimana nk capai daulah Islamiah seandainya  pudar akhlak Islamiah yang diajar oleh Baginda s.a.w dalam jiwa pemuda hari ini.??
Maratib Amal, yuk! mulakan langkahmu..

Apa Wasiat Rasulullah Pemuda/di??

daripada Ibn Abbas r.a katanya: " Pada suatu hari, aku berada di belakang (boncengan) Rasulullah s.a.w lalu  Baginda bersabda, maksudnya : ' Wahai anak, peliharalah Allah nescaya Allah akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya DIa akan berada di hadapanmu, dan jika engkau memohon, maka pohonlah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat bersepakat untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah, dan sekiranya umat bersepakat untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah . dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
Antara poin nasihat tersebut adalah:
  • Apabila kita memelihara Allah s.w.t nescaya Allah s.w.t akan memelihara kita, maksudnya jika kita melaksanakan perintah Allah s.w.t nescaya Allah akan memelihara kita daripada segala kemungkaran dan kejahatan.
  • apabila kita sudah dipelihara oleh Allah. doa yang kita pinta pasti akan dimakbulkan
  • tiada apa yang dapat berlaku tanpa keizinan Allah s.w.t
jika kita mengambil nasihat-nasihat Rasulullah s.a.w di atas dan diterapkan dalam diri kita, akhlak serta adab yang mulia dengan mudahnya lahir dalam hati serta mudah dizahirkan.


yuk! mulakan LANGKAH jangan LENGAH
~Khazinatul Asrar~

inspired by:
* Ustaz Fauzi Abdul Hamid (Kolumnis GenQ)

wallahua'lam~


yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

Qasidah Alfa Sollallah




p/s: mksud qasidah akan diupdate nt ye..nantikann

yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

Ulama' Pewaris Nabi

Ulama'  Pewaris Nabi
By: Nadamurni
Credit to :Lirik Nasyid

ulamak perwaris nabi
beribadah banyak sekali
akhlak baiknya ketara sekali
dia jadi bunga diri 


pemurahnya laksana air yang deras
tawadhuknya menyejukkan hati
kasih sayang nampak diwajahnya
dia hidup sederhana


dia bercakap dari hati
bukan dari hobinya sendiri
bukan kerana pangkat yang rasmi
bukan kerana jawatan yang tinggi


dia menasihati manusia yg di atas dan dibwah
yg berkuasa dan rakyat jelata
kasihan kepada yg jahil
ingin mendekati untuk dibaiki
dia marah tidak ketara
beraninya luar biasa kepada sesiapa sahaja


diri keluarga contoh masyarakat
pimpinannya kepada umat
mengingatkan tipu daya dunia
cintakan kepada akhirat


berfatwa sungguh berhati-hati memfitnah jauh sekali
dihormati oleh semua segenap lapisan masyarakat
kecuali yang hasad dengki dan munafik di zaman ini
ia ditakuti yang punya cemeti kerana cakapnya diikuti












yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

Tips Hilang Ngantok


Tips Sihat
Tips menghilangkan Rasa Ngantok Saat Belajar..

  • Berwudhu',,kerana secara langsung juga akan membasuh wajah dan menyegarkan kembali aura wajah yang ngantuk..
  • menghirup udara pelan2 melalui hidung dan hembuskan pelan2 melalui hidung dengan cara berdiri
  • mula dengan taawuz dan bismillah,,moga dilindungi oleh gangguan syaitan n dredhai Allah
  • mengubah posisi
  • berpindah dari ruang ke satu ruang yang lain
  • membuat sesuatu yang menyegarkan, cth: teh, kopi, jus, kacang2
  • dah selesai ucap Alhamdulillah

wallahua'lam,,bole try amal..smoga bermanfaat n selamat study..

 "Jangan belajar untuk kejar pencapaian, tapi belajar untuk beri manfaat kepada orang lain"prof dr.muhaya..

~biasakan yang betul,,betulkan yg biasa~




yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

Diet Adalah Ibadah


Tips Sihat
bagaimana yang dikatakan diet itu ibadah..?

  • makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang
  • tidak makan menurut nafsu, tapi makan untuk menambah keimanan
  • berpuasa sunat untuk kesihatan
  • mengamalkan sunah cara pemakanan Rasulullah
  • yang peling penting adalah NIAT

analisa,,analisa,, analisa siapa kita..?
kita mengaku kita daie, tapi bab melawan nafsu makan pasrah~~
mujahadah lawan nafsu makan..jom..!



cer try..


~biasakan yang betul, betulkan yang biasa~




yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

inner tudung



yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .


Tips Sihat

tips yang lepas ape ye?
hargailah nikmat sihat sebelum datang sakit..!
tips kali ni...
kempen minumlah air!!


selamat beramal

~biasakan yang betul, betulkan yg biase~

yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

Tutup Aurat..apa kelebihannya??

Tips Sihat

tips lepas apa ye?? amal x??
untuk kali nie.......
kelebihan menutup aurat dari sudut kesihatan diri (dari sudut pandangan Islam semua dah pro kn?) :
  • menutup kepala boleh mengurangkan penyebaran penyakit dan juga pencemaran rambut pada makanan
  • melindungi kepala daripada cuaca panas..kajian menunjukkan bahawa fosforus dalam badan manusia boleh rosak jika menerima suhu lebih daripada 40 darjh
  • menutup aurat boleh mengundang kulit daripada disinari oleh sinaran ultraviolet..
rupa2nya Allah begitu perihatin kepada kita..kita dijaga begitu baik oleh syariat yang dilihat mengongkong kita..untungnyaaa kan??..jom sama2 tutup aurat dengan sempurna dan ajok mereka sekeliling kita tutup aurat juga..
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT~

selamat beramal..

~biasakan yang betul,,betulkan yang biasa (^_^)~



yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

Madu Oh Madu

Tips Sihat

salam.. :)
 tigee (semua dah senyum)..
mesti dah amal tips yang lepas kan,,coz nmpak semua sihat je..(husnuzzon2)
tips kali nie..
Tentang MADU..
bukan madu kawen ea,,kita nk ckp pasal madu lebah kali nie..madu lg satu len kali plop ye~ ..
madu nie ad byk khasiat...tak percaya??
Allah ad berfirman dalam Surah an-Nahl..




so,,macam mane? ade nk argue..belum cuba belom taw maaaa..
ok,,meh nak kabo khasiat madu:

  • untuk kecantikan kulit, rambut dan mata yg lebih bersinar n terang*blink2* 
  • lancar sistem pghadaman
  • melegakan batok (madu + halia) dan melancarkan pernafasan
  • kembalikan tenaga akibat mamnu'/ cirit birit
  • pelawas semulajadi ; minum madu bersama air suam adalah cara terbaek untuk mendapatkan khasiat madu

ooppss...mcam mana nk makan??
ada macam2 cara nk makan madu nie,, boleh ganti gula dalam air, jem roti, letak dalam ais krim..


nmpak menyelerakan kan??

ok,, pahni boleh pakat2 amal ye,,jangan ckp syukran tp x amal,, *sama la mcm pnulis nie,,aduss*..
apa2 pun semuanya dengan izin Allah,,sama2 kita amalkan untuk sihat jasadiah..

Selamat beramal..

~betulkan yang biasa, biasakan yang betul (^_^)~




yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

Akala. Make. Makang. Eat

Tips Sihat

Untuk kali ini, saya nk kongsi berkaitan dengan makanan..
semua orang suka makan kan??

Sebelum makan..

  • baca doa
  • mula dengan buah2an untuk lancar penghadaman semasa makan..
  • kunyah pelan2 (ikut sunnah Nabi)


Selepas makan..

  • ucap Alhamdulillah
  • jangan minum air, nanti makanan tak sempat hadam, jd se;eh perut plak,,dah tak larat nak buat kije..
  • jangan mandi selepas makan, nanti perut buncit (info dari orang tua)

Tips Makanan Kesihatan Rasulullah

Just short, simple n familiar,,joma amal!

~biasakan yang betul, betulkan yang biasa~



yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

reminder

We are born to try..
not to cry..
We are the winner ..
not the loser
We can see the future not the failure
Don’t give up..
try to wake up
Success is heavy burden
Not as heavy as failure
Don’t break the rules
Let’s break the rules!!!

yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

syukur-syukurlah




saya nk tanya satu soalan..bangun pagi tadi ada baca doa bgn tidur..??*lupeeee.. 
yup.!
 itulah alasan yang kita selalu bagi..lupe,,lupe..dan terus lupe..
lupe nk ucap syukur ats nikmat hidup, nikmat Iman, nikmat Islam  yg Allah bagi..
saya bukan ckp kat orang laen,,saya fokus kat diri dulu..memang sokmo sgt lupe..
errr,,pernah x kita bayangkan kalu Allah lupe bagi oksigen kat kita.?
~~~bayangkan~~~ (sumpah x terbayang)..matilaaa~
sebenarnya kalau nk dikira nikmat yg Allah bagi sangat..sangat..sangat x ternilai.
.hmm kalu nk sebut istilah math,org kata *infinity..
ika Allah minta oksigen itu dibayar..nescaya habislah duit elaun yang x sberapa...
hatta, jutawan dunia si pembuat fesbuk pun x kan mampu nk bayar..
LIHAT!!
btapa PEMURAHnya Allah...x kira kepada siapa pon hambanya..tanpa bersyarat..x macam kita semua benda nk bersyarat.
kita bagi syarat, hanya waktu tertentu kita taat..
kita bagi syarat, hanya orang tertentu kita hormat..
kita bagi syarat, hanya solat tertentu kita tepat
kita bagi syarat, ketika susah kita berdoa penuh berharap..
seolah-olah Allah hamba dan kita yang berkuasa..
Allahurabbi..
kalaulah Allah memberi syarat kepada kita..
kalau solat khusyuk baru dapat rezeki,
kalau bersedekah baru dapat melihat,
kalau itu dan kalau ini..
Apakah yang terjadi pada saya dan kamu semua jika gagal penuhi syarat2Nya...

justeru marilah kita bersyukur dengan segala kurniaannya..

HOW?

BAGAIMANA?

كيف؟



  • sujud syukur
  • ucap Alhamdulillah
  • manfaatkan nikmat yg Allah bagi dengan baik
  • x mengeluh n merungut, for example:..'apelah malangnya nasib aku hari ini..'
  • beri sedekah kepada mereka yg x mampu
  • dan banyak lagi cara nk bersyukur..
Allah telah berfirman yang bermaksud:

…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” QS. Ibrahim : 7.


hakikatnya,,kita umat manusia selalu lupaa..bila nikmat ditarik barulah kita merasainya..
contoh paling simple,,kita jarang mensyukuri nikmat buang air? (maaf kalu x smegah)..mgkin org akn anggap,,ish x senonohnya..tp cube skali-skala pergi wt ziarah tgk org sakit kt ospital dorg buang air mcm mana..seksa kan.? ad pakai tiub..aduss..
jadi,,pakat muhasabah lake,,stara mana kita bersyukur kpad al-Khaliq..apa yg kita dh buat bukti kita syukur..
wallahua'lam..asifah jiddan 



yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

saaaayang TMK!!!

SALAM semuanya......lama sudah x mengupdate entri aq neh..
currently at makmal TMK neh..
dtemani Kak Bi, Fadhilah , n Dayah..
hahahahaha
nk kena wat p.point..
aduhai....
maleh nyer..
asyik nk kne present jek..
takpe2...
mlatih driku untuk mnjadi insan yg bguna....hohoho

yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

maafkan AKU!!!


MAAFKAN DAKU YA ALLAH,
andaiku seringkali menyalahgunakan ilmuMu untuk memenuhi nafsu n kepuasan hatiku,
MAAFKAN DAKU YA ALLAH,
andaiku menggunakan firmanMu semata-mata sbg alat untuk bermadah
tapi jarang sekali menga
malkannya,
MAAFKAN DAKU,
kerna seringkali berkata-kata dengan hati
tapi bukan dengan ilmu dan iman
MAAFKAN DAKU,
kerana seringkali lalai dan leka dengan kehendak duniawi,
MAAFKAN DAKU YA ALLAH
andai langkahku terpesong dari jalanMu,
MAAFKAN DAKU,
kerana mencari kesempurnaan dalam SyariatMu
dengan berpandukan kehendak hati,
MAAFKAN DAKU YA ALLAH,
andai terlupa bahawa syariatMu adalah cukup sempurna
berlandaskan tuntutan duniawi mahupun ukhrawi...
MAAFKAN DAKU.........

yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .

tudung oh tudung..




apakah pendapat korg tntang tdg???
hemmm...macam2 la kan...
meh kte neok ayat al Quran mengenai kewajipan bertudung....

Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yan
g bermaksud:

30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka,
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,
dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka,
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..”
sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud “perhiasan tubuh yang zahir” itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu, seperti berikut:


  • Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”
  • Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:
“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang ke
lebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pega
ngan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”
hemmm....sudah jelaskan....jadi jgnlah nk bg alasan lg...
........tggu sampai serulah..
.....pas kahwin nanti laa..
....n lg 1..
...pas balek umrah laaaaa...
....hemmmm macam tulah jawapan "GRED F''....
nk tggu smpy seru?seru x smpy...silap ajal2 yg smpy...
hemm waktu tu tggu la bilal wanita pakai kan tdg ye...
nk tunggu lepas kahwin?
tahukah muslimah2 sekalian...
apabila seseorang gadis itu didatangi haid wajib ke ats dia untuk bertudung...
bkn selepas berkahwin ye...
emm..tp xtaw laa ade org yg kahwin tp x dtg haid lg...wallahua'lam....
hemmm.......konklusinya....
jgn byk soal,jgn byk menjawab..
nk bg alasan tak habes2....
ini perintah Allah....
siapalah kita untuk menidakkannya....
sesungguhnya Allah yang menciptakan kita....
Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk hambanya...
setiap perintah dan larangan mpunyai hikmah tersendiri.....
hemm...okelah....jom kita tengok cara bertudung yg smpurna...


hemmm....mcm nilah...
inilah cara yg paling sempurna ye mAdd Imageuslimah sekalian.....
moga2 panduan ini dpt membantu....
jika terasa keliru...rujuk
lah kitab alQuran o kitab2 hadis yg menceritakan
bab2 fikh....insyaAllah ada jawapannya....hemm.
..bkn dok neok artis yg kita admire...blom tntu sohih lg...
n lg 1 sy tak paham...
nape suke sgt wat sanggul tggi2?
cam unta?
hem...lebih krg camnilaa....


jom renungkan hadis neh...

Dua golongan di antara penghuni neraka yang belum aku lihat keduanya: suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang-orang; perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan orang lain, rambut mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium aroma surga. Sesungguhnya aroma surga itu bisa tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (HR Muslim)

hemm...jelaskan hadis ini...
the moral of this post is..
berpakaianlah dan berhiaslah mengikut syariat...
percayalah,
anda tidak ketinggalan zaman..
wallahua'lam...
maaf jika tersalah info..
untuk info lebih lanjut
layari..


yang baik kita amal. yang salah tolong perbetul. JZKK .